2 Nikmat Yang Kita Lupa

Assalamualaikum semua....Alhamdulillah hari nie cuaca redup, jadi dapatlah ana berehat dan tak terasa penat kerana kelas yang padat.hehehe...Tapi bukan tu yang nak di perkatakan di sini...jom kita rujuk tajuk entri nie...apa yang korang faham dengan nikmat yang kita sering lupakan???nikmat nie memanglah kita lupa selalu sebab nikmat nie diberi percuma tak perlukan bayaran langsung...hehehe


Allah memberikan kita nikmat yang tidak terbilang banyaknya. Bagaimanapun ada dua nikmat yang besar yang banyak orang tidak terasa. Sabda Rasulullah: "Dua nikmat yang ramai orang yang tertipu di dalamnya iaitu kesihatan dan kelapangan waktu." Riwayat Bukhari.

Mengikut maksud hadis di atas ana mengerti semua dah faham apa nikmat yang sering kita lupakan
2 nikmat tu ialah :
nikmat kesihatan

dan tidak dilupakan jua nikmat kelapangan....


Sihat dan kelapangan waktu adalah nikmat yang besar. Bila tidak sihat iaitu sakit, barulah manusia akan terasa betapa besarnya nilai sihat. Apabila manusia tidak sedar nikmat sihat, maka banyak orang tidak mengingat Allah,tidak takut pada Allah bila mereka sihat. Dan sebaliknya mereka melakukan maksiat kerana mereka sihat. Inilah yang dikatakan orang yang telah kufur nikmat iaitu orang yang telah mempergunakan nikmat Allah untuk kembali menentang Allah.

Satu lagi nikmat ialah kelapangan. Banyak orang tidak sedar mengenainya. Bila lapang, sihat, rezeki melimpah,harta telah mencukupi, banyak kemudahan ada, mereka lupa pada Allah. Mereka gunakan kelapangan ini untuk kepentingan diri mereka sahaja, tidur, keluar bersuka-suka, melancong ke tempat maksiat, melengung di kedai kopi, bersembang-sembang dan sebagainya. Sedangkan masa lapang yang Allah bagi hendaklah diguna untuk mengingati Allah, bekerja ke jalan Allah, melakukan kerja kebajikan masyarakat dan sebagainya. Bila waktu sibuk datang semula kepada mereka, mereka akan terus melupakan tuhan! Apa tidaknya, jika masa lapang pun mereka tidak mengingat Allah, apalagi bila sibuk, khususnya sibuk mengejar dunia.

Maka daripada apa yang ana citekan di sini sama2lah kita amik ikhtibar ingatlah kita tak selamanya sihat dan kita jugak tak selamanya lapang, masa yang ada nie kita sama2 amik agar dapat di gunakan dengan sebaik2nya...yang baik dari Allah,yang buruk daripada kesilapan ana yang hina nie...jakzakallah khairan....

Labels: