5 KEHILANGAN

Assalamualaikum, di kesempatan nie ana ingin ucapkan salam Maal Hijrah kepada seluruh umat islam tak kira lah apapun warna klit korang sebab kita tetap bersaudara....Ini jugak bermakna kita dah kehilangan satu tahun lagi maka tarikh kematian kita jugak semakin hampir ke penghujungnya cuma kita tak tahu bila Allah akan amik kembali kita ini....di kesepatan ini ana nak sampaikan apa yang ana nak sampaikan iaitu 5 kehilangan...

Apakah itu lima kehiangan??? adakah kehilangan nyawa, isteri, ibu bapa atau harta???...TIDAK sama sekali..
ini adalah kehilangan dan akan mendapat kerugian jika kita kehilanganya.....Apa itu 5 kehilangan...sama2 kita renungi hadis Rasul junjugan kita Nabi Muhammad S.A.W ini...maka insyallah anda akan faham...

Sabda Rasulullah: "Barangsiapa yang menghina lima jenis manusia dia akan rugi atau kehilangan lima perkara:

1. Barangsiapa yang tidak menghiraukan ulama, rugilah agamanya.
2. Barangsiapa yang tidak menghiraukan pemerintah, rugilah dunianya.
3. Barangsiapa yang tidak menghiraukan jirannya, rugilah ia dari mendapat perkara yang baik.
4. Barangsiapa yang tidak menghiraukan saudara maranya, rugilah kasih sayang.
5. Barangsiapa yang tidak menghiraukan isterinya, rugilah kehidupan yang bahagia.

Kesimpulanya kita perbanyakan menjaga lima perkara in agar kita tak rugi di dunia fana ini...jagalah ia sebelum kita terlambat...Jakzakallah Khairan....

Labels: