Batu api,perlukah???


Assalammualaikum semua...kenapa ana bangkitkan isu batu api ini??? ana bukan apa, sekarang ini semakin banyak wujudnya golongan batu api ini terutamanya dikeliling kita, persoalan ana di sini, mengapakah wujudnya kumpulan ini di kalangan kita terutama di kalangan umat islam ini.... Perlukah mereka wujud?? Mengapakah mereka suka benar mengapi-apikan dua insan dan memutuskan silaturahim?? Tak takut ke azab??

Golongan ini biasanya pandai menyorokkan sikap mereka dan kebanyakan berperwatakan baik sehingga sukar kita nak melabelkan golongan ini...biasanya mereka akan berada di samping dua insan yang tengah berkelahi dengan menyucuk kedua-dua hamba Allah ini agar terus bermacam muka satu sama lain...sedangkan ana rasa lagi bagus kalau golongan ini mengajak kawan-kawan kearah kebaikan berbanding kearah kerosakan dan perkelahian...

Pape pun ana harapkan agar golongan ini di berikan hidayah dan pertunjuk agar tak adalah disebabkan mulut-mulut mereka islam berpecah...takutlah azab neraka sebab perkataan batu api tu jugalah yang boleh mambawa neraka sebab batu api kan ada dalam neraka...jadi sama-samalah kita bermuhasabah diri...sala peringatan..

Labels: