Aku vs Kau

Hari ini kita bernafas lagi
bersama melakukan aktiviti seharian lagi
kau buat kerja kau
begitu juga dengan diriku

Aku tetap aku
kau tetap kau
tiada beza tiada kesamaan
aku masih lagi terus melangkah
kau juga sama mengikutiku

namun hari demi hari kian berlalu
aku masih diam di sini tanpa melakukan apa-apa
kau pulak terus dan terus
berusaha demi kejayaan

namun aku tetap aku
kau jua tetap kau
yang membezakan kita adalah iman
dan amal kita kepada yang Esa....

Labels: