Gadis Itu...

Gadis,
kaulah insan yang diciptakan untuk kaumku
Yang diberikan padamu
satu keunikan yang tak ada pada kaumku

Gadis
jagalah auratmu
kesiankanlah kaumku
janganlah dikau bakar mata-mata kaumku
dengan pakaian yang menjolok mata

Gadis
jagalah maruahmu
jangan biarkan kaumku
merobek maruahmu

Gadis
ingatlah bahawa kaummu banyak di neraka
dan kaumku di syurga
tapi ingatlah kaummu jualah yang mudah ke syurga
sebab kaummu begtu istimewa...

Labels: