JANJI SEORANG ANAK.....

Di sebuah kampung yang permai, terdapat sebuah keluarga yang boleh dikatakan daif, kais pagi makan pagi kais petang makan petang.. Keluarga tersebut mempunyai seorang anak lelaki yang begitu soleh.. Namanya adalah Ahmad, ahmad merupakan seorang pelajar yang cerdik di sekolahnya… Kini selepas tamat SPM, Ahmad telah di tawarkan untuk melanjutkan pengajianya ke Universiti Islam Antarabangsa.. Sebelum menyambung pelajaranya, Ahmad telah berjanji kepada kedua orang tuanya agar belajar bersungguh-sungguh demi  mengubah nasib keluarganya.

Kini Ahmad telah menjejakkan kakinya ke “U” pilihan hatinya…Di sana Ahmad telah berkenalan dengan seorang gadis Bandar yang bernama Nabilah.. Nabilah merupakan anak kepada seorang ahli perniagaan yang berjaya di Kuala Lumpur..Selepas beberapa lama berkenalan akhirnya bait-bait cinta mula hadir di hati mereka..cinta mereka semakin hari semakin mendalam seperti Romeo dan Juliet..

Kisah cinta mereka telah sampai ke pengetahuan bapa Nabilah, Bapa Nabilah telah melarang cinta mereka kerana Ahmad tidak setaraf dengan keluarga mereka, lagipun Nabilah terlalu muda untuk menjalinkan hubungan cinta bersama Ahmad..Nabilah akhirnya terpaksa angkur dengan kehendak bapanya untuk memutuskan hubungan cintanya bersama Ahmad..

Ahmad terlalu kecewa dengan apa yang menimpa dirinya, Ahmad kini telah pandai terjebak dengan kehidupan sosial dengan setiap hari keluar ke kelab malam untuk melupakan segala yang menimpa dirinya itu..Ahmad juga telah pendai berjinak-jinak dengan syabu dan menjadi pengedar utama syabu di kalangan mahasiswa..kini pelajaran Ahmad juga semakin hari semakin merosot, dia juga kerap ponteng kelas kerana letih selepas berhibur di malam hari…

Seperti kebiasaan malamya sebelum Ahmad pergi ke kelab Malam, dia akan menjual syabu terlebih dahulu untuk mendapatkan duit poket..namun malang tidak berbau apabila aktiviti dia terlebih dahulu telah dihidu oleh pihak berkuasa..Ahmad telah di tangkap dan boleh dijatuhkan hukuman gantung kerana mengedar dadah..

Kini Ahmad begitu menyesal dengan apa yang dilakukanya , kerana seorang perempuan dia tergamak melakukan aktiviti terkutuk ini dan melupakan janji yang telah di hemburkan kepada orang tuanya..kini segalanya telah terlambat, apa yang dilakukan tidak mampu berputar ke belakang lagi…hanya penyesalan terus menghantuinya..

Tamat….

Labels: