Esok Nak Balik....

Assalammualaikum semua...ana nak habaq kat orang kampung ana semua...besok ana nak balik rumah..yahooo tak sabar rasanya nak peluk bantal busuk ana kat rumah..hehehe,pastu nak bagi kambing makan dan duduk melihat bulan di kebun kelapa sawit..hehehe

Balik-balik juga tapi malam nie ana nak pergi maplay dulu..bak makan roti canai,lepas nie ana dah tak boleh nak merasa lagi makanan kat sini sebab kan ana dah nak habis belajar...budak-budak nursing pun dah nak bertolak untuk praktikal,yang ana pulak kena cuti seminggu dulu sebelum ana pulak kena praktikal....

Tapi benda yang paling ana tak sabar nak buat kat rumah adalah tengok cerita korea...tunggulah semua ea kat rumah,korea 24 jam akan menanti...hehehe,kalau you all nak tahu,setiap kali ana balik tak ada sapa-sapa pun boleh rampas control tv dari ana,sebab ana je yang boleh tengok tv time iaitu channel KBS world dan juga channel yang ada cerita korea....

Tapi dalam kegembiraan nak balik tentu ada rasa pilu bila ana berpelukan dengan kawan ana Soleh yang mana dia telah pulang ke rumah dia selepas habis exam tadi...dia adalah kawan yang selalu mengembirakan hati ana nie walaupun dia selalu mengusik ana dengan gurauannya...

Hurm Oklah semua,nanti bertambah-tambah ana merepek kat sini kan??? oklah ana chow cincau dulu....all the bez all my frenz....

Labels: