Semakin Menghitung Hari...

Assalammualaikum semua...semakin rasa sayu hati ana nie apabila ana bakal meninggalkan alam pembelajaran ana di KUIS ini...mana tak ye kan??? ana bukan sahaja meninggalkan kolej ini tetapi bakal juga ber[isah dengan lecturer yang banyak membantu ana dan tidak lupa juga kepada kawan ana...

Teringat kembali saat ketika mula melangkahkan diri ke dalam KUIS ini..dengan tidak mengenali sesiapa,ana melangkah dan terus melangkah sehingga lah ana kenal rakan-rakan ana terutama Danial,Qaiyim,Aziz dan Muhaimin saat awal perkenalan..

Masuk pertengahan semester atau sem 4 kami sentiasa melangkah untuk mencapai misi kami untuk berjaya di dunia dan akhirat kerana di sini kami belajar,bermain dan bergurau senda demi mencari ilmu yang amat di cintai oleh para ulama...walaupun ketika ini ada antara kami semakin renggang,namun kami tetap juga bersatu demi sebuah hubungan yang di redhai Allah...

Kini Kami telah berada di semester yang terakhir..iaitu semester 6 yang mana akan kami tinggalkan menjelangnya tamat exam last kami pada esok hari..hari jumaat tanggal 25 Februari 2011 adalah kali terakhir untuk kami sama-sama berjuang demi kejayaan masing-masing...se;epas ini kita bakal berpisah kawan,kita bakal buat haluan masing-masing,mungkin ada yang akan berkerjaya dan berkeluarga,mungkin ada yang teruskan berjuang di medan ilmu ini...

Sahabat,kenanglah daku dalam doamu,semoga kita semua tabah menghadapi perpisahan ini kerana sudah lumrah kehidupan kita sahabat dan telah tertulis kita bakal berpisah..segala kenangan bersama kita akan ana simpan dan pegang erat..i luv u so much to all my frenz and my lecturer...Jakzakallah Khairan...