Sebab Aku Minat KPop...


Assalammualaikum semua...pagi-pagi nie ana dah cerita pasal kpop,entah apa kena ngan ana ea pagi nie??? jangan tukar lak pulak ke blog lain lak tau..hehehe,bukan apa ana just nak kongsi apa sebab ana minat sangat-sangat bukan gila tau kat kpop nie???hehhe

Sebab pertama ana minat kpop nie tentulah sebab MUSIC dia tukan???dah nama pun PoP..kalau you all nak tahulah,kalau tak nak pun ana tetap berkeras aka bagitahu ngak..hehehe,music kpop nie lah yang senang dan begitu feminin ngan jiwa dan telinga ana nie,walaupun baru sekali mendengar music ini tapi ana akan terus jatuh cinta ngan lagu tersebut...

Sebab kedua pulak adalah kerana PERFORMANCE yang mereka tunjukkan semasa membuat persembahan di atas pentas secara live...tarian yang ditunjukkan begitu tenaga dengan kekuatan vokal yang begitu mantap menjadikan persembahn mereka begitu hebat berbanding artis-artis di negara lain...

Sebab ketiga adalah kerana MUSIC VIDEO yang begitu gempak daripada kumpulan2 korea nie yang mana video klip mereka nie boleh dikatakan hebat dan mantap berbanding klip video artis malaysia sendiri yang kadang kala kurang hebatnya berbanding kpop...

Sebab keempat adalah STYLE artis kpop nie sendiri..ana rasa style mereka begitu bergaya dengan baju yang mereka pakai dan kasut yang begitu kasual dan senang cerita smartlah...kadang-kadang diaorang lebih suka mengenakan baju kot ketika mengadakan persembahan live walaupun pada dasarnya mereka menari...ini yang telah menyebabkan style mereka diikuti oleh orang ramai terutama Pak Nil masa konsert Hore2,tu  pun kalau you all perasanlah...

Sebab kelima dan yang terakhir adalah kerana GAYA RAMBUT yang berstyle dan sesuai dengan muka diaorang tu..kalau you all nak tahulah ana nie memang minat fesyen rambut korea nie,kadang-kadang ana akan fokus kpada rambut diaorang dulu sebelum ana meni;;lai yang lain dahulu...hehhe,tak pelikkan???

oklah tu jelah kot sebab ana minatv kpop nie,you all pun minat tentu ada sebab-sebab sendirikan???nie pendapat ana sendiri tau,janganlah sampai ada yang tak puas hati nanti pulak..hehehe,pape pun dengar kpop tu boleh tapi jangan sampai lupa pulak pada yang Satu...chow dulu...Jakzakallah khairan..

Labels: