SKUAD N9 Dalam Bahaya...


Assalammualaikum semua....tengok tajuk ana gerun tak???hehehe..tapi inilah yang bakal berlaku kepada barisan Pasukan Bola Sepak Negeri Sembilan yang mana hanya mencatatkan 3 kemenangan dalam 7 perlawanan liga Super Malaysia musim ini..

Kekalahan terbaru yang di hadapi oleh Pasukan Negeri Sembilan adalah kekalahan kepada Selangor walaupun telah mendahului pada babak pertama..ini bukan sahaja mengusarkan ana sebagai penyokong setia N9 dalam liga Malaysia tetapi pengurusan serta berpuluh-puluh ribu penyokong di luar sana.

Tetapi N9 juga sebelum ini gagal untuk mempertahankan piala FA apabila tersingkir di pusingan kedua keatas pasukan Kl yang mana sepatutnya N9 yang boleh menewaskan Kl tetapi tidak menunjukkan permainan yang terbaik sehingga tewas dalam penentuan penalti 2-4...

Presiden PBNS memberi amaran akan mengantung atau mengambil tindakan keatas mana-mana individu yang dikatakan tidak menjalankan tugas dengan baik,hal ini kerana dato' hasan merasakan bahawa skuad latihan tidak mempunyai semangat juang yang tinggi dan skil taktikal yang mentap di atas padang walaupun mereka semua adalah pemain profesional...

Ana sebagai penyokong mengharapkan ada perubahan yang drastik keatas pasukan N9 terutamanya kerana liga baru sahaja memasuki perlawanan ke 7..di harapkan masa yang ada ini,pengurusan N9 dapat melakukan sesuatu agar dapat memulihkan imej N9 didalm arena bola sepak ini...majulah sukan untuk N9..hoben jang hoben...

Labels: