Apa Kena Buat bila Takde Idea...

Assalammualaikum semua...idea...oh idea, mana kau pergi nie, nape lah tak muncul-muncul pada waktu ana tengah bosan tiada kerja nie??? nak hilangkan ngantuk jadi kenalah menaip sesuatu agar tidak terlelap dek kerana terkena air cond yang sejuk dan lagi-lagi selepas makan tengah hari tadi...

Bila kita takde idea nak update blog, pe yang kita selalu buat agak-agaknya ea??? tentu cara mudah nak buat adalah tido, yeke??? mungkin bagus mungkin tidak, tapi tulah bila tido petang nie, kemungkinan untuk lupa adalah tinggi, jadi rasanya trak eloklah kita tido petangkan???nanti bukan idra je tak dapat tapi lupa pun kita dapat...

Kalau dengar lagu pulak, takut kita akan terlelap pulak, maka idea yang kita nak cari pun susah nak dapat, tapi mimpi indah-indah serta di marahi bos gerenti mudah kita dapatkan??? jadi bukan saja kita tak dapat cari idea tapi kita pula akan dapat marah....

Blogwalking adalah cara mudah untuk kita dapat idea tapi kadang-kadang idea tak dapat, penat membaca en3 pulak yang dapatkan???senang cerita semua tak dapatkan??? tapi dengan blogwalking tentu kita pasti dapat idea sedikit walaupun agak merepek nanti kan???mungkin kot???

Ataupun cara terakhir adalah tengok maharaja lawak, jadi bila dah gelak kita tentu dapat idea balik sebab otak kita dah dapat sumber tenaga baru???yeke??? bukan nanti hati kita jadi hitam dan kelam yang penuh dengan tipu daya syaitan ke???

Pape pun cara yang pasti dan pasti untuk kembali mendapatkan idea adalah dengan solat, kerana solat dapat memberikan kita tenaga untuk luaran dan dalaman kita dan memberi kita kekuatan untuk terus melakukan aktiviti walaupun sebelum kita solat terasa keletihan yang amat sangat...Pape cara pun boleh untuk dapatkan ideakan???sedangkan Bro Ben boleh, takkan kita takleh....

Labels: