CINTA ALLAH VS CINTA MANUSIA...

Assalammualaikum semua..ana tengah berdebar-debar menantikan lecterur dr KUIS yang akan mengunjungi ana pagi ini..huwaa,apakah yang harus ana buat nie,makin lama makin berdebar terutama ketika beliau call ana sebentar tadi..hehehe

Oklah,takut-takut juga penulisan harus dimulakan juga, cinta???apakah yang you all faham dengan cinta??? setiap yang bernyawa dalam dunia yang sementara ini mempunyai fitrah bercinta..begitu juga sengan kanak-kanak sekolah yang mempunyai cinta sesama manusia...namun cinta manakah yang lebih hebat???

Sudah tentulah cinta kita kepada Allah dan cinta Allah kepada kita...sebab cinta Allah terhadap hambanya tidak pernah berkurang dan akan berkurang,sehinggakan rahmat kasih sayangnya akan membawa kita ke syurga walaupun pada mata kasar kita amal kita lebih kurang berbanding umat-umat terdahulu...tapi kita tetap di pilih sebagai umat yang akan ke syurga dahulu sebelum umat lain.kenapa??? sebab kasih dan cintanya Allah kepada Nabi junjungan kita Muhammad dan umatnya..

Namun,kita sering melupakan Allah dan segala nikmat yang diberikan kepada kita...kenapa ini harus terjadi??? sedangkan kita lebih suka mencari cinta manusia berbanding cinta Allah.. walaupun cinta manusia ini tidak kekal abadi dan bila cinta ada bila tk nak di tinggalkan sesuka hati yang lebih mereka kejar dan mabuk dalam cinta manusia dan dunia ini...Tapi cinta kepada Allah???

Memang benar dalam diri kita ada fitrah cinta dan kasih kepada seseorang,namun mengapa kita perlu cintakan manusia lebih daripada Allah??? kenapa kita sanggup lakukan pape sahaja kerana cinta manusia sampai maruah kita tercalar???sedangkan cinta Allah kita tak perlu serahkan maruah kita,yang hanya perlu kita serahkan adalah jiwa mengingatinya sepanjang masa...marilah kita muhasabah diri bersama..cinta manusia akan hilang,namun cinta Allah kekal abadi...Jakzakallah Khairan....

P/S Sekadar apa yang terlintas di fikiran kurniaan Allah....

Labels: