Politik : Makin memualkan..

Assalammualaikum semua...hari ini ana nak pergi ke jimah power untuk buat marketing cikit pasal produk takaful, jadi tak dapatlah nak post en3 banyak-banyak...jadi nak post lah dulu sebelum pergi berjuang untuk memartabatkan produk islamik di mata masyarakat Malaysia khususnya...

Cuba baca tajuk kat atas tu, panas ke seram-seram sejuk???hehehe...hurm sekarang nie ana rasa macam tak bez sangat-sangat bila tiba hari pilihan raya..nak tahu sebab apa??? sebab berita semua siarkan pasal pilihan raya  terutama pilihan raya sarawak yang terdekat nie..jadi banyaklah isu yang nak ditekankan oleh parti pemerintahkan???

Yang setahu ana bukan satu je parti politik yang bertanding, tapi kenapa dalam berita tak kira lah RTM yang pro kerajaan ataupun tv3 sekalipun, semua nak tayangkan calon bn yang bertanding dan projek yang akan dilaksanakan je sedangkan tak ada pulak nak sebut pasal parti lain yang bertanding macam tak fair pulak rasanya...jadi memang dah lama ana tak tengok berita sebab ayah cakap dah muak, asyik berita yang sama je

Tapi ada satu lagilah yang ana ingat, adalah pemimpin sorang nie, dia cakap kalau bukan diaorang pegang sarawak dan Malaysia, Sarawak takkan membangun macam sekarang nie...macamlah diaorang yang mengaturkan segalanya kat bumi Malaysia sampai lupa semua itu adalah dari Allah...mereka tak sedar bila cakap sebegitu seperti melakukan syirik kerana mengharapkan sesuatu daripada selain dari Allah.sama juga seperti kita cakap kalau tak ada ijazah takdelah aku dapat kerja pangkat tinggi...

Pape pun ana ada teringat saat mendengar khutbah jumaat baru-baru ini, ada tiga golongan pemimppin atas dunia ini iaitu pemimpin sebelum jadi pemimpin miskin dan selepas menjadi pemimpin jadi orang kaya..pemimpin yang kedua pulak sebelum menjadi pemimpin kaya selepas jadi pemimpin bertambah kaya dan ciri ketiga pulak adalah pemimpin sebelum menjadi pemimpin kaya dan selepas menjadi pemimpin jatuh miskin dan itulah pemimpin yang baik..wallahualam...

Labels: