Semakin Bersemangat...

Assalammualaikum semua... pe khabar pagi nie you all semua ea??? semalam agak tak boleh nak mengupdate blog sebab ada wat marketing cikit kat Jimah power untuk produk2 takaful yang ana jalankan ini...Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan menerima sambutan yang baik daripada staff Jimah power sendiri...

Itulah yang membuat ana semakin bersemangat hari ini kerana terasa seperti kita mengajak seluruh umat Islam untuk berubah daripada menggunakan insurans konvesional kepada Takaful... bukan senang orang nak bertukar daripada insuran ke Takaful sebenarnya, tetapi berkat kesungguhan dan kesedaran mereka berubah ke Takaful...

Sebenarnya Insuran konvesional telah lama di haramkan oleh majlis fatwa kebangsaan, namun masih ramai umat Islam sendiri mengambil insurans lagi... Takaful yang pertama dikeluarkan adalah Takaful malaysia yang mana berada di bawah Bank Islam sebelum ini...Sehingga kini sudah ada 8 syarikat Takaful dan akan ada penambahan  4 lagi lesen untuk Takaful ini...

Pilihlah Takaful kerana ianya adalah bebas daripada unsur riba, gharar dan maisir yang sememangnya haram dan berada di bawah insurans konvensional yang tak kita ketahui sebelum ini..semoga kita mendapat kekuatan dalam menegakkan syiar Islam..Jakzakallah Khairan...

Labels: