Ubat Marah : Teknologi VS Ibadah


Assalammualaikum semua...apa khabar iman kita pagi ini???? semoga iman kita bertambah hari ini dan lebih baik dari semalam...marah..adalah suatu sikap yang akan berlaku kepada kita tidak kiralah sebab orang lain ataupun sebab apa-apa je, marah ini di jelmakan oleh nafsu amarah kita dan ditambah perisa oleh syaitan dilaknat...

Di alam kemodenan masa kini,begitu ramai orang akan mengunakan medium internet tak kiralah FB ke Blog ke atau apa jua medium untuk melepaskan kemarahan mereka...mereka kadang kala tidak sedar akan akibat yang akan dihadapi mereka bila melakukan sebegitu..

Masa kini kadang kala apabila kita marah kawan,teman ataupun kekasih kita,kadang kala kita lepaskan di stesen radio apabila menceritakan keburukan orang lain..memanglah tak salah untuk melepaskan kemarahan itu tapi kenalah ingat akan perasaan insan yang kita marah tu,takkan nak kecoh satu duniakan???

Sedangkan Islam dah mengajar kita pelbagai cara seperti ketika ingin marah,ambillah wuduk,kalau tak mampu juga bacalah Al-Quran kalau rasa tak mampu nak padam ngak solat lah sunat 2 rakaat..Insyaallah kita akan ok kembali..dan jika kita lakukan amal ibadat tu bukan sahaja marah akan hilang bahkan kita mendapat pahala dengan amal yang kita lakukan bukan seperti kita gunakan dalam medium teknologi yang mungkin akan membawa kepada berpecahan dan juga kepada dosa...

ingatlah,bukan kita seorang yang ada sifat itu, semua orang ada bahkan alim ulama pun ada,namun apakah yang membuatkan mereka sabar dan ingat kepada Allah apabila ada sifat ini??? Ingatlah orang yang sabar adalah mereka yang tahan marahnya..Jakzakallah Khairan....

Labels: