TIPS MENCARI LAILATUL QADAR

Assalammualaikum semua...sedar tak sedar kita,sekarang dah masuk malam ke 10 terakhir bulan ramadhan...jadi apa maksudnya???mencari malam lailatul qadar lah....takkan nak mencari baju raya kot????

Kat sini ana nak berkongsi sedikit tips dalam mencari malam lailatul qadar nie...ada beberapa tips yang ana boleh kongsikan bersama anda...

Yang pertama adalah beriktikaf di masjid ataupun surau berdekatan rumah anda 10 malam terakhir...ini akan memudahkan anda untuk beribadat kepada Allah...

Yang kedua,perbanyakan amal ibadat seperti menghidupkan malam dengan mengerjakan solat sunat tahajud dan sebagainya....mana tau kita akan bertemu denganya...

Yang ketiga,beribadat sepenuhnya kepada Allah dengan seikhlas hati untuk mencari keredhaan Allah bukan semata2 untuk mencari malam lailatul qadar...niat kena betul....

Inilah antara tips yang ana boleh kongsikan...di bulan ramadhan ana selalu berkerja pada waktu malam dan ada satu malam yang ana rasa lain sangat malamnya...

Kira2 pukul 3 pagi kota kuala lumpur begitu sunyi seolah2 tiada satu pun penghuni yang hidup di dunia ini...bayangkan kuala lumpur tidak pernah tidur....dan ianya berlaku selama 30 minit....mungkin kah itu malam lailatul qadar...wallahualam

Labels: