BILA ANAK MANJA MASUK " U "

Assalammualaikum semua...seperti semua maklum kemasukan pelajar baru ke ipta telah pun bermula pada 1 september yang lalu....maka bermacam aneka ragam yang dapat disaksikan....

Seperti biasa,bila pelajar baharu masuk maka wajiblah ada minggu orentasi....sepanjang minggu orentasi ibu bapa tidak dibenarkan berjumpa dengan para pelajar nie....

Sepanjang minggu orentasi pelajar terutama di UKM,ana dapat melihat pelbagai ragam...yang nak dijadikan cerita kalau pelajar berperagai tidak matang tak apa lagi....tapi yang tak matang lebih terarah kepada ibu bapa penjaga....

Padahal mereka dimaklumkan tidak boleh berjumpa langsung dengan pelajar pada minggu orentasi tapi mereka tetap berdegil ingin berjumpa anak mereka seolah2 takkan berjumpa lagi....

Padahal seminggu je mak cik pak cik oi...pastu jumpa lah puas2,tak ada sapa akan menghalang lagi dah...sekarang minggu orentasi pun da abis...jadi selamat melalui alam universiti ana ucapkan kepada semua pelajar baharu.....

Labels: