AKHIRNYA JIWAKU TENANG....

Alhamdulillah akhirnya ana merasakan ketenangan yang amat sangat di dalam jiwa....apakah yang membuatkan hati ana setenang ini???

Ana bukanlah alim yang akan mempunyai kemanisan iman 100% sebab tiada manusia yang perfect di dunia ini...tetapi ketenangan ini adalah kerana ana sudah berkahwin...

Selepas berkahwin hati ana tak adalah berasa gundah seperti sebelum mengikat tali pernikahan ini....dulu setiap hari ada je gelisahnya...kini Alhamdulillah tiada sebab ana dah mampu menjaga tangan, mata ,hati dan kemaluam daripada perbuatan zina...

Alhamdulillah benarlah kata firman Allah s.w.t dalam surah Ar-Rum;ayat 21: " Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah beliau menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadaNya dan dijadikan diantara kamu rasa kasih sayang "...

Alhamdulillah ingatlah sahabat perkahwinan yang bahagia adalah berlandaskan keredhaan Allah....Alhamdulillah kini ana dah memperolehinya...anda bila lagi???

Labels: ,