PERKAHWINAN PINTU REZEKI

Perkahwinan ialah syurga dunia yang didambakan oleh setiap manusia tak kira adam mahupun hawa...tetapi kebanyakan pasangan muda mahupun ibu bapa mereka takut untuk menikahkan anak mereka kerana khuatir akan kesusahan yang dialami selepas diijab kabul khususnya buat pasangan yang masih belajar....

Namun tidakkah kita lupa akan janji Allah yang mana Allah berfirman melalui Surah An-Nuur 24: ayat 32 yang bermaksud :

" Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki/perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba2 kamu, lelaki mahupun perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan berikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (Rahmatnya & Limpah kurniaNya-pemberianNya).lagi maha mengetahui"..

Disebabkan dengan keyakinan itu ana pun berkahwin pada usia muda..memang benar janji Allah itu...dahulu sebelum ana berkahwin rasa susah je nak mendapatkan perkerjaan...namun lepas kahwin..Alhamdulillah begitu senang mendapatkan perkerjaan..

Dahulu sebelum kahwin jauzah ana nak beli kereta asyik tak lepas je namun dengan asbab berkahwin dengab jumlah gaji yang sama jauzah ana dapat membeli sebuah kereta...

Manakala dari segi blog ana nie...Alhamdulillah lepas kahwin ada 3 4 job yang ana dah dapat...jadi kepada mereka yang muda tu...tak payah lah couple lama2...sebab bila couple duit cepat je habis...tapi bila dah kahwin duit tu akan bertambah.InshaAllah..ana sudah pun melaluinya selama 8 bulan....Alhamdulillah..ingatlah perkahwinan pembuka pintu rezeki...usah takut...kerana kita ada Allah...

Labels: