TIPS MERANCANG KEWANGAN BAGI PASANGAN YANG BARU BERKAHWIN

Bagi pasangan yang baharu berkahwin macam ana nie terutama pasangan muda pastinya mempunyai masalah kewangan...perkara nie memang lumrah kerana sebelum ini kita membelanjakan gaji ataupun wang yang kita perolehi untuk diri kita sahaja...namun bila dah kahwin sudah semestinya wang kita untuk 2 orang...

Oklah tips yang pertama ialah Utamakan yang utama kemudiankan yang kemudian... you all faham tak apa maksud ayat diatas??? kita hendaklah utamakan apa yang perlu dan bukanya utamakan apa yang hati kita nak...beli apa yang kita perlu sehari-harian kita bukan benda yang ada ok tak ada pun tak apa....

Kumpulkan duit syiling....yang nie ana rasa releven sebab kadang-kadang pasangan yang baru berkahwin nie susah nak menyimpan...kumpulkan duit syiling daripada baki yang kita dapat selepas membeli sesuatu...kalau boleh setiap duit syiling yang kita perolehi jangan buat belanja tetapi buat menyimpan...

Gunakan sedikit wang kita untuk orang lain...apa yang boleh dikatakan disini usah kedekut keluar sedikit wang poket kita untuk orang lain seperti orang yang memerlukan...kita kena ingat rezeki kita nie ada bahagian orang lain...

Ukur baju pada badan sendiri...maksud disini belanja mengikut apa yang kita ada...jika ada 500 belanjalah macam orang yang ada 500 janganlah pula ada 500 tetapi belanja 2000...fahamkan???

Dan yang terakhir sekali adalah Bersyukur dengan apa yang kita ada...yang nie kalau ada memang baguslah sebab Allah kan suka orang yang bersyukur..jika tiada sifat bersyukur nie rezeki nak lekat pun payah..wallahualam

Oklah ana harap dapatlah membantu serba sikit dengan info nie...selamat merancang...

Labels: