HARI 11 | #CABARAN30HARI | PERISTIWA LUCU ZAMAN KANAK2

Hari bagi ana tajuk paling best daripada banyak-banyak tajuk dalam #cabaran30hari nie kerana hari nie mengimbau kenangan semasa zaman kanak2...sebenarnya ana dah pernah cerita kisah nie dalam blog ana nie...tapi hari ini ana akan ceritakan kembali...yang tahu cerita tu takpe boleh baca lagi...flashback orang jawa cakap..hehehe..

Oklah ceritanya berbunyi begini, peristiwa ini berlaku di tempat ana belajar mengaji dahulu...seperti biasa sebelum kitaorang belajar mengaji kitaorang akan solat maghrib secara berjemaah...maka ana lah yang jadi imamya..

Maka seperti kelazimanya pada malam tersebut ana pun mengimamkan lah solat fardu maghrib di rumah ustazah tempat kitaorang mengaji...

Semasa ana nak bangun daripada duduk tahiyat awal tiba-tiba ada satu bunyi yang kuat seakan2 bunyi kentut...bunyi itu begitu dekat dengan ana...tapi tak ada lah pula rasa macam nak kentut...ana pun teruslah solat macam biasa...

Tapi ana pelik apabila kawan2 ana yang menjadi makmum ketawa berdekah2...ana pun peliklah kan tengah solat nape lah diaorang gelak nie, pastu dieorang teriak sepender merah..sepender merah..makin bertambah pelik ana rasa nie..rupa2nya seluar ana telah koyak dari paras pinggang sehinggalah ke bawah....malunya ana pada masa tu hanya Allah yang tahu...

Bagi ana peristiwa inilah yang paling lucu yang ana ingat sampai bila-bila yang memang takkan dapat dilupakan..Sebab kawan-kawan ana juga pasti akan ingat peristiwa ini setiap kali kitaorang berjumpa...lucu ke tak???

Labels: ,