USAH CEMBURU...

Ada insan yang sentiasa cemburu dengan kelebihan yang orang lain ada namun tahukah kita seharusnya bersyukur dengan kekurangan yang ada pada kita....

Usah cemburu jika kawan kita ramai yang sudah berkahwin namun kita masih mencari-cari kerana sekurang-kurangnya kita tidak perlu menjaga hati pasangan kita...

Usah cemburu dengan pasangan yang mempunyai anak namun kita masih lagi belum dikurniakan rezeki anak kerana sekurang-kurangnya kita tidak perlu berjaga malam untuk anak kecil..

Usah cemburu jika kita tidak kaya seperti orang lain kerana sekurang-kurangnya kita tidur dalam keadaan lena tanpa perlu risau rumah kita dimasuki pencuri misalnya...

Usah cemburu jika kita tidak sepopular orang lain kerana sekurang-kurangnya kita tidak menjadi perhatian orang ramai ...

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada kerana semua yang ada adalah milik Allah...kita tiada apa-apa

Labels: