KEROSAKAN DAN PENGHARAMAN ARAK

Sesungguhnya pengambilan arak banyak mendatangkan kemudaratan bukan sahaja kepada si peminum sahaja malahan juga kepada institusi kekeluargaan dan juga masyarakat serta negara....

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan kesihatan sedunia (WHO), pengambilan alkohol telah mengakibatkan kematian membabitkan 2.5 juta orang setahun termasuklah penyakit setta kecederaan yang membabitkan orang lain.

Melalui firman Allah s.w.t daripada Surah Al Maidah (5:90) yang bermaksud " Wahai orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) Khamr (arak) , berjudi,  (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah adalah termasuk dengan perbuatan syaitan, maka jauhilah perbuatan tersebut agar kamu mendapat keberuntungan.

Hadis nabi juga ada menyebut " Dari anas bib malik " Rasulullah s.a.w melaknat dalam hal Khamr (arak) sepuluh pihak : yang memerahnya, yang diperahkan untuknya, yang meminumnya, yang membawanya, yang dibawakan untuknya, yang menuangkannya, yang menjualnya, yang memakan harganya, yang membeli dan yang dibelikan untuknya (HR Tirmizi dan Ibnu Majah)

Maka benarlah disini bahawa arak lebih banyak membawa kehancuran berbanding kebaikan..semoga kita dan keluarga kita semua selamat dan terhindar daripada arak

Labels: