MANDI MANDA DI PORT DICKSON

Rasanya dah lama ana tak mandi laut nie...kali terakhir ana mandi laut nie pun 2 tahun lepas semasa mengikuti trip pelajar tahun akhir perbankan Islam KUIS...

Namun hari ini ana melayan kerenah anak buah ana yang ingin mandi manda di Port Dickson...walaupun kampung ana dengan pantai PD tidaklah begitu jauh namun boleh di bilang dengan jari je berapa kali ana turun ke pantai PD...

Disebabkan sudah lama tak mandi di laut..ana menghabiskan dekat 4 jam di Pantai Pd...sampai gelap lah muka putih gebu ana nie...tapi pape pun memang puas hatilah...hehehe

Untuk mereka yang tak ada destinasi masa cuti sekolah boleh lah membawa anak-anak anda bermandi manda di Port Dickson...

Labels: