MATA MENIPU

Setiap daripada kita baik manusia mahupun haiwan dikurniakan sepasang mata yang mempersonakan.mata diciptakan untuk melihat keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa...namun tahukah kita mata sering kali menipu kita...

Janganlah kita percayakan apa yang dilihat oleh anak mata kita..kerana semua yang kita lihat belum tentu perkara itu adalah perkara yang betul..

Misalnya kita melihat buah durian, kulit luarnya besar dan cantik..sudah semestinya kita menyangkakan isinya tentu sedap dan banyak..namun apabila dibuka rupa-rupanya rasanya kurang enak dan hanya sedikit sahaja isinya...

Begitulah juga apa yang kita lihat di sekeliling kita...usah terus percaya dengan apa yang dilihat oleh mata kita..namub siasatlah apa yang sebenarnya berlaku..sebab itulah hukama ada berpesan lihatlah dengan mata hati bukan dengan mata kita sendiri..kerana mata hati lebih benar daripada anak mata kita sendiri...

Labels: