TERIMA KASIH DREBAR BAS...

Semasa dalam perjalanan ke tempat kerja pagi tadi ada sesuatu perkara yang berlaku terhadap diri ana ini....sesuatu yang berlaku dalam sekelip mata sahaja...

Ketika ana tengah menunggang motorsikal kesayangan ana a.k.a isteri kedua ana tu...tiba2 tak semena-mena dua buah kereta menghimpit ana walhal dieorang memang sudah nampak ana berada berhampiran mereka...

ketika berlakunya kejadian itu ana cuba membunyikan hon berkali-kali namun hon motor ana tidak berfungsi...dan dua buah kereta itu terus terus cuba menghimpit ana....

Disebabkab kejadian tersebut bas yang berada di belakang membunyikan hon kerana nampak ana semakin tersepit di antara dua buah kereta tersebut...selepas mendengar bunyi hon bas tersebut barulah mereka memberikan ruang untuk ana jalan....terima kasih ana ucapkan kepada pemandu bas tersebut sebab tanpa hon anda tak tahulah apa akan terjadi kepada diri ana nie...

Labels: