TERJEBAK JUGA AKHIRNYA...

Sebenarnya ana memang tak minat langsung dengan benda nie walaupun ana belajar benda nie semasa di Kuis...namun subjek mengenai bidang itu tidaklah sebanyak mana pun..hanya selingan sahaja...

Namun apa yang pelik ana dapat juga praktikal dalam bidang yang paling ana tak minati nie...sampaikan satu tahap nie ana buat sambil lewa je semasa praktikal..Alhamdulillah lah lulus juga...

Selepas belajar macam-macam pekerjaan yang ana lakukan seperti kerja perhotelan dan juga tidak terkecuali ana pernah berkerja sebagai pengawal keselamatan selama 3 tahun walaupun ana mempunyai diploma..

Namun tidak disangka-sangka ana akan terlibat dengan kerja yang ana taj minati iaitu Insurans...kini ana berkerja di bahagian insurans koperasi tentera...ana nie kira menjadi orang tengah untuk tentera claim insuran mereka dengan pihak penanggung iaitu pihak insurans...

Benarlah kata orang tua-tua apa yang kita tal sukalah yang kita dapat...Alhamdulillah kini ana mula menyukai bidang insurans ini kerana dapat membantu orang lain...

Labels: