SELAMAT TINGGAL PEJABAT LAMAKU...

Tanpa ana sedari ana telah pun genap 6 bulan berkerja di pejabat ini...namun hari ini adalah hari terakhir ana di pejabat ini...bukanlah ana memilih kerja namun ianya mungkin sudah tertulis

Walaupun dalam masa yang agak singkat namun banyak nostalgia dan kenangan di pejabat ini...namun apakan daya, kerana desakan tanpa kerelaan jiwa ana terpaksa meninggalkan pejabat ini...

Namun ana pasti apabila ana berkerja di tempat lain dan tempat baharu nanti ana pasti akan dapat melupakan segala rasa kesedihan ini...nak tak nak kena teruskan kerja...takkan nak sedih je kan..huhuhu

Sebenarnya ana bukanlah berhenti kerja tapi sebenarnya mulai minggu hadapan ana dan kawan-kawan daripada department insurans akan berpindah ke pejabat baharu yang hanya jarak 50 meter daripada bangunan sekarang...

Jadi ana harap dengan environment dan suasana tempat kerja yang baharu nanti dapatlah memberi semangat yang baharu kepada ana...

Labels: