TERIMA KASIH AWAK...

Walaupun penat macam mana pun...si dia pasti akan endahkanya...walaupun baharu sahaja pulang daripada kerja si dia terus masuk ke dapur tanpa sempat untuk menukar baju kerjanya lagi...

Itulah naluri seorang isteri dan seorang ibu...mereka seolah-olah tidak mengenal akan erti penat mahupun letih untuk berkhidmat semata-mata buat si suami mahupun anak-anak mereka tanpa mengharapkan apa-apa balasan...

Sesuatu yang ana rasa tak mampu untuk dipikul oleh seorang lelaki yang bergelar suami dan juga bapa...mungkin ada namun hanya segelintir..

Wahai kaum adam apa salahnya jika kita mampu membantu isteri kita dengan meringankan beban mereka...tak salah andai kita membantu mereka memasak ataupun membantu mereka menjaga anak-anak...kerana ketahuilah andai anda merasa penat...mereka lagilah penat...terima kasih awak....

Labels: