BALAS DENDAM PADA MANGGI....

Sejak menamatkan zaman bujang nie, nak makan maggi memang tak dapatlah.... bila nak makan maggi je pasti wife akan cakap " saya masak tak sedap ke???" ataupun  wife akan cakap "tak ada makanan lain lagi ke kat dunia nie selain maggi"....
Jadi untuk mengelakkan kena tidur kat luar, jadi ana pun melupakanlah hasrat untuk menjamah manggi...rasa macam satu kejayaan besar pulak apabila tidak makan maggi nie...sebab ana nie memang pantang nampak manggi pasti nak ngap...kalau you all nak tahu ana dulu dalam seminggu pasti 3x seminggu perkena manggi nie...

Namun akhirnya semalam wife ana bagi juga ana melepaskan dendam pada manggi selepas wife bagi green light kat ana untuk perkena makanan segera ini....nak tahu sebab apa wife ana bagi lampu hijau kat ana??? walhal sebelum nie ana nak makan maggi memang takkan dapat....namun semuanya berlaku kerana gara-gara ketiadaan nasi di rumah...hahahha jadi apalagi ana pun balas lah dendam kesumat terhadap manggi....hehehehe


P/s : manggi sekarang makin sikit, memang tak kenyanglah..hahahaha

Labels: