15 TIPS MENGATASI MUNTAH DAN LOYA KETIKA HAMIL

Balik-balik kerja tengok wife tak sihat dan asyik muntah-muntah je... al maklumlah pembawakan budak yang menjadikan si isteri begitu... Usia kandungan yang sudah menjangkau 14 minggu sudah semestinya menjadi cabaran buat si isteri yang sedang mengandungkan anak sulung kitaorang...

Ana pun pergilah berjumpa dengan pak cik "Google" nie untuk mencari jawapan bagi mengatasi muntah dan loya ketika hamil... Cari punya cari jumpalah juga 15 cara mengatasi gejala ini yang mana bolehlah ana berkongsi dengan ibu-ibu atau bakal ibu untuk mengatasinya...

15 Tips Mengatasi Muntah Dan Loya Ketika Hamil :

  1. Makan Craker ataupun makanan ringan sejurus bangun dari katil.. Ini kerana ianya akan membantu menyerap asid perut dan membantu menyimpan tahap gula dalam darah anda daripada terlalu rendah.
  2. Makan makanan ringan selang 2 jam atau sepanjang hari bagi mengelakkan perut dari kosong kerana perut yang kosong akan menghasilkan asid
  3. Jangan Lupa makan snek sebelum tidur...
  4. Makan makanan yang mencegah daripada loya dan muntah seperti buah avocado, Keju, Susu, yogurt dan seumpama dengannya.
  5. Legakan perut dengan makanan berhalia. Hidu lemon ataupun meminum jusnya.
  6. Memakan asam sekiranya tekak berasa loya.
  7. Elakkan makanan yang berminyak, makanan yang manis seperti coklat ataupun gula-gula.
  8. Minum 10 gelas air sehari...Ianya juga sesuai untuk mencegah sembelit.
  9. Elakkan meminum sejumlah besar air ketika sedang makan.
  10. Ambil vitamin pranatal selepas atau sebelum tidur.
  11. Pakai pakaian yang menyejukkan dan selesa.
  12. Jauhkan daripada bau-bau yang tidak menyenangkan.
  13. Anda boleh mencuba menarik nafas yang panjang.
  14. Tidur
  15. Berjumpa doktor untuk mendapatkan pil pencegah muntah sekiranya loya anda teruk...
Sumber : bayi-ibu

Labels: