5 FAKTA MENGENAI SEKOLAH DI KOREA

Korea Selatan semakin di kenali di persada dunia melalui muzik dan drama mereka yang hampir ditayangkan di seluruh pelosok dunia.... Dan tidak terkecuali di negara kita ini... Namun bukanlah kisah KPOP ataupun KDRAMA yang ana nak cerita dekat sini tetapi ana nak cerita mengenai 5 Fakta sekolah di Korea ini... Yang pastinya anda pasti akan terkejut....

5 Fakta mengenai sekolah di bumi Korea ini ialah :

1) Sekolah selama 16 Jam sehari
  # Anak berumur 13 hingga 14 tahun bersekolah sehingga pukul 5 petang...
 # Anak berumur 15 tahun bersekolah sehingga pukul 7 petang
# Anak berumur 16 hingga 18 tahun bersekolah dari jam 7 pagi sehingga 10 malam...

2) Sekolah Pada Hari Sabtu
Pelajar di Korea akan mengikuti juga kelas pada hari Sabtu dengan waktu kelas yang penuh... Sehingga kini mereka akan mengikuti hari persekolahan mulai hari isnin sehingga hari sabtu...

3) Guru adalah perkerjaan yang paling dipandang mulia
Di Korea, kerjaya sebagai guru dianggap suatu perkerjaan yang paling mulia sehinggalah ada pepatah di korea yang berbunyi " Guru ibarat Tuhan " ....

4) Bilik Pembelajaran yang tinggi kosnya
Bilik kelas di korea begitu tinggi nilai prasarananya kerana di dalam sesebuah kelas dilengkapi dengan komputer dan layar LCD

5) Proses pemindahan guru 5 tahun sekali
Setiap guru akan ditugaskan selama 5 tahun sahaja di satu-satu sekolah... hal ini dilaksanakan agar guru dapat mengajar di sekolah yang lebih baik atau yang kurang baik dari segi akademiknya...


Labels: