AKU HANYA BLOGGER PICISAN...

Aku hanyalah seorang blogger picisan
yang menaip saat diberikan idea cebisan
yang hadir saatku menunggang
saatku membonceng
saatku membersihkan diriku

Namun akan ku kongsikan di segelinap pelosok blogku
agar sentiasa dapat menemani keresahan jiwa si pembaca
yang adakalanya duka
adakalanya suka
adakalanya gembira

Namun aku hanyalah blogger picisan
yang pada mata kasar tidak punyai apa-apa
yang mempunyai satu impian 
namun agak sukar untuk ku capai
kerana aku blogger picisan

Mungkin satu masa aku akan bangkit
bangkit bersama yang lain
mengubah diri
agar tidak sekadar  sebagai blogger picisan

Labels: