AKU JUGA PEMINAT KPOP...

Bumi Malaysia menjadi gempak apabila peminat dan penyanyi kpop kegemaran mereka berpelukan di dalam satu majlis bertemu peminat...
Dek kerana terlalu fanatik tadi si gadis yang beragama Islam tanpa segan silu memeluk lelaki yang ajnabi kepada mereka...

Di manakah silapnya??? adakah kerana kpop itu sendiri ataupun ianya sebenarnya datang dari dalam diri kita??? di sini ana tak nak salahkan sesiapa kerana ana pun bukanlah seorang yang layak memberi hujah di sini....

Ana juga merupakan seorang peminat tegar kepada artis kpop dan lagu-lagu mereka termasuklah kumpulan yang telah mencetuskan kontroversi B1A4 nie....

Bagi ana yang hina ini nak nasihat sikit lah kepada kpopers terutama wanita ini, anda tak salah nak minat mereka namun yang salahnya apabila anda membelakangkan halal haram antara lelaki dan perempuan....

Semoga lepas nie tak adalah lagi isu besar macam nie... ingatlah wanita anda di dalam Islam tinggi martabatnya..maka janganlah kerana kpop anda menjadikan martabat wanita menjadi rendah.... Kpop kpop juga namun agama jangan lupa....

Labels: