AZAM ANAZARIN TAHUN 2015...

Seperti sudah menjadi kelaziman di dalam diri kita apabila menjelang tahun baharu je pasti ada Azam baharu... Asal ada Azam pasti ada Tahun Baharu... senang cerita tidak dapat dipisahkan hubungan antara azam dan tahun baru ini.... Rasanya agak ramai juga blogger yang membuat entry mengenai azam tahun baru mereka...

Untuk tahun 2015 nie ana mempunyai 5 Azam (bukan nama Kelas ye...jeng2)  yang ana inginkan dan berharap yang ianya akan terlaksana seperti azam ana pada 2014 yang mana semuanya dapat ana laksanakan dengan jayanya...hehehehe



5 Azam ana bagi tahun 2015 ialah :

1) Menjadi seorang blogger yang berjaya...

2) Menjadi seorang pekerja yang proaktif

3) Menjadi seorang suami dan bapa (akan datang) yang sentiasa mengutamakan keluarga...

4) Melakukan umrah bersama keluarga tercinta...

5) Menjadi seorang hamba Allah yang lebih baik....

Inilah 5 Azam ana yang ana harapkan dapat ditunaikan bermula saat ini sehinggalah selama-lamanya.. Mungkin bermula daripada sebuah azam namun semoga ianya terus menjadi istiqamah  di dalam kehidupan hingga ke pengakhiran hidup... Insya Allah....