HIKMAH DEMAM....

Alhamdulillah semakin rebah deman ana nie selepas dua hari ana bertarung dengan penyakit ini.... Alhamdulillah akhirnya ana rasa cukup-cukup sihat untuk memulakan kerja di pejabat pada esok hari... Jangan demam balik sudahlah memandangkan begitu banyak kerja yang masih tertangguh di pejabat ini....

Namun semua yang berlaku ada hikmahnya.... Dan semasa ana demam nie ana ada mengamalkan satu doa iaitu : 




Rupanya begitu banyak hikmah yang terkandung di dalam demam yang mungkin ana sendiri pun tidak mengetahuinya...Ini kerana banyak diceritakan mengenai deman ini di dalam hadis antaranya :

Malik bin Isma’il menceritakan kepada kami, (ia berkata) Zuhair menceritakan kepada kami, (ia berkata) Hisyam menceritakan kepada kami (yang diterima) daripada Urwah (yang berasal) dari ‘Aisyah r.a. (yang diterima) dari Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Demam panas adalah dari serpihan api neraka Jahannam, maka dinginkanlah dengan air.”
(sahih al-Bukhari, no. 3023)

“Janganlah kamu mencaci-maki penyakit demam, kerana sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran besi”.
(HR. Muslim no. 2575).

“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.
(HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).

Semoga dengan hadirnya demam ini akan hadirnya sebuah rasa kesyukuran kerana demam adalah salah satu cabang kafarah dosa yang Allah berikan kepada hamba-hambanya.... Alhamdulillah

Labels: