BERHUJUNG MINGGU DI FARM IN THE CITY

Hujung-hujung minggu nie tak tahu nak kemana.. kalau selalu hujung minggu samada habiskan masa di rumah ataupun ke sunway pyramid, kadang-kadang kalau keluar pun tak tahu ke mana hendak dituju... namun ana dengar cerita seronok pergi ke Firm In The City (FITC)... Jadi disebabkan itu minggu ini ana tergerak hati untuk ke FITC nie bersama isteri tercinta....


Ana pun tak sangka pada mulanya di sebuah bandar iaitu di Seri Kembangan ini terdapat sebuah taman haiwan... 

Sepanjang ana berada di FITC ini, ana begitu teruja sekali melihat telatah haiwan ini dengan lebih dekat... Kesemua haiwan yang terdapat di sini boleh dikatakan jinak dan mesra manusia... terasa ketenangan ketika berada di dalam FITC ini... Pengunjung dapat merasakan pegalaman memberi makan kepada kura-kura yang besar saiznya, bagi makan rusa dan juga burung-burung yang terdapat disini....malahan makanan telah disediakan oleh pihak FITC tanpa apa-apa bayaran dikenakan ke atas makanan tersebut....






Tetapi yang ana paling terkejut disini ialah terdapat beberapa ekor anak kangaru yang dipamerkan disini...tak payah pergi jauh-jauh untuk melihat kangaru... di sini boleh un tuk dilihat bahkan boleh diusap lagi..hehehehe


Selepas penat lelah berjalan di FITC, ana singgah di cafe yang terdapat disini...suasana yang nyaman sudah semestinya mengamit perasaan setiap para pengunjung yang datang ke sini... para pengunjung juga berpeluang untuk mendapatkan barangan cenderamata di kedai cenderamata yang terdapat di sini....

Harga tiket untuk masuk ke dalam FITC pun tidaklah begitu mahal...bagi ana harganya agak berpatutan juga, ini kerana dengan pengalaman yang begitu mengujakan yang akan anda dapat sudah semestinya harga yang perlu dibayar amat berbaloi....

Tiket bagi dewasa : RM30

Kanak-kanak : RM25

Warga emas (60 tahun ke atas) : RM25


Jika anda merancang untuk membawa seisi keluarga bersiar-siar ke sini...anda boleh ikut panduam seperti map yang ana kongsikan di atas... ataupun anda boleh menghubungi mereka di :

Jalan Prima Tropika Barat

Bandar Putra Permai

43300 Seri Kembangan

Selangor.

03-8941 2099 / 3099

Facebook : Farm in the city

Labels: