Isteri Mula Bertanya Berkaitan Dunia Blog

Apakah petanda pada persoalan isteri ana mengenai dunia blogging nie??? kalau dahulu dia tidak begitu meminati dunia blog nie, walaupun ana ada suruh dia menaip entry di dalam blog ana, namun dia tetap tidak minat... mungkin dia menyangka yang blogger nie hanya suka menghabiskan masa di depan laptop dan menulis apa sahaja yang terlintas di fikiran...

Namun segala-galanya mungkin berubah, selepas sudah dua kali dia mengikuti ana ke event-event yang ana dapat... Dan yang terbaru semasa makan steamboat dengan sahabat blogger yang lepas... wife asyik bertanya sahaja macam mana dunia blog nie mampu menjana pendapatan???



Apakah yang membuatkan sesebuah blog itu menjadi popular...Kalau tengok entry yang di tulis biasa sahaja... ana hanya mampu tersenyum sebab blog ana nie pun kan suam-suam kuku je...namun apa yang dapat ana bagitahu kat dia, selepas menjadi blogger kita sendiri akan dapat merasakannya...kerana menjadi blogger bukan semata-mata untuk mengejar kepopulariti atau mencari pendapatan tetapi menjadi blogger kerana minat...kerana melalui minat tidak mustahil pendapatan dan kepopulariti itu akan datang kemudian... hehehe..

Adakah dia akan menjadi seorang blogger juga??? jeng..jeng..




Labels: