NADI CINTAKU : KE DUNIA IPT

Alhamdulillah akhirnya tempat yang aku pilih untuk sambung belajar adalah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.... Aku terasa lebih tenang selepas membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran di sini... Aku kini bergelar mahasiswa dalam bidang Diploma Perbankan Islam....

Hari ini, hari pertama aku di sini, melangkah dengan penuh pengharapan agar aku mampu menjadi insan yang lebih berjaya bukan sahaja di dunia namun di akhirat kelak... terasa seolah-olah bermimpi apabila aku memasuki pintu pagar kolej ini.... Disebabkan oleh kesusahan hidup, aku telah di hantar ke kolej ini ditemani Pak cik dan kakakku....

Seperti kebiasaannya pelajar baharu, akan disuruh mengikuti minggu orentasi... Di minggu orentasi pelbagai ragam dan manusia yang berlainan latar belakang aku jumpai... dan sahabat pertama yang aku jumpa adalah Danial, belajar di dalam kos yang sama denganku.... Tapi yang kelakarnya, aku dan dia berjanji belajar bersungguh-sungguh dan jangan fikir langsung untuk bercinta dengan mana-mana mahasiswa di sini...

Begitu banyak suasana Islam yang dapat aku perolehi di sini...kopiah sentiasa melekat di kepala para muslimin manakala para muslimahnya begitu bergaya dengan tudung labuh dan stokinya...sesuatu yang amat aku kagumi dengan suasana di sini...

Hari ini merupakan hari pertama aku masuk kelas....begitu ramai kaum hawa di dalam kelas berbanding kaum adam...ada seorang gadis duduk di hadapan meja aku, wajahnya yang ayu membuatkan hati aku berdebar-debar...apakah makna semua ini??? ini perasaan kali pertama yang amat luar biasa aku rasakan??? adakah aku sudah dilamun cinta??? apakah perjanjian ku dengan danial akan aku mungkiri???

Labels: