NADI CINTAKU - Permulaan Sebuah Perjalanan

Kini aku sudahpun melangkah usia 18 tahun, terasa seolah-olah baru semalam aku melangkah ke alam persekolahan...namun kini aku sudah tamat persekolahanku... Hari ini, hari mengambil result SPM, Apa yang aku lihat, sahabat ku yang lain begitu excited untuk mengambil result... sedangkan aku hanya duduk termenung, memikirkan apa keputusan yang akan aku perolehi...

Apakah ianya baik atau sebaliknya??? Dalam aku termenung, tiba-tiba namaku telah di panggil oleh Cikgu Mustaffa... Aku pun segera mendapatkan resultku itu, Cikgu Mustaffa mengucapkan tahniah... semoga akan lebih berjaya selepas ini... itu kata-kata terakhir yang ku dengar daripada mulut cikgu matematikku itu....

Mata aku masih lagi ketakutan untuk melihat result yang aku perolehi hari ini.... Aku cuba perkuatkan diri aku agar terima apa jua resultku itu dengan hati terbuka dan redha dengan ketentuanNya... Aku seperti tergaman sebentar apabila melihat resultku ini... hanya 1A yang aku dapat.... namun aku tetap bersyukur kerana keputusan untuk kertas yang lain juga tidaklah sebegitu teruk...

Aku keluar daripada dewan lalu mendapatkan ayahandaku yang tercinta yang pastinya di dalam hati dan jiwanya memikirkan apa keputusan peperiksaan anakandanya ini... hanya diam tanpa kata-kata yang dapat ku lihat daripada kacamata ayahku... adakah dia kecewa sama dengan apa yang aku dapat nie??? 

Bapaku menunggang dengan laju, aku yang sebagai pembonceng termenung dan hanya termenung, ke manakah arah tuju aku selepas ini??? Apakah akan ada tempat yang sudi terima aku sebagai pelajarnya... adakah aku mampu berjaya seperti mana kakak aku yang sulung, yang dapat ke menara gading...

Dalam aku melayan perasaan, akhirnya sampai juga aku ke rumah, ibuku menyambut kepulangan kami berdua.... belum sempat aku bercakap apa-apa, ibuku terus mengambil result SPM ku itu di dalam beg... Ibuku berkata kepadaku, "sabarlah ngah, Insya Allah ada jalan nanti"...

Hari demi hari aku menantikan panggilan untuk aku menyambung pengajian... Ramai kawan-kawan aku mendapat peluang melanjutkan pelajaran di tingkatan 6, dan ada juga yang dapat terus melanjutkan pengajian di Universiti tempatan swasta mahupun kerajaan.. Namun aku masih lagi belum menerima apa-apa jawapan daripada mana-mana tempat pengajian tinggi mahupun sekolah...

Kegelisahan di hatiku akhirnya berakhir... Aku mendapat tawaran di dua pusat pengajian tinggi yang boleh dikatakan gah di mata rakyat Malaysia... Aku mendapat tawaran Politeknik dan juga KUIS... mana satu yang harus aku pilih, yang satu kerajaan penuh, manakala yang satu lagi kerajaan negeri yang punya tapi masih bolehh di kategorikan swasta....

Rata-rata meminta agar aku memilih Politeknik... namun hatiku masih tidak dapat membuat pilihan yang terbaik kerana kedua-duanya menawarkan bidang yang aku sukai iaitu Perakaunan dan juga Perbankan Islam...

Hampir seminggu, aku beristhikarah kepadaNya, agar diberikan jalan yang mana satu terbaik buat diriku ini??? Namun akhirnya dengan tekadku, Aku memilih untuk ke sebuah IPT yang aku rasakan terbaik buat masa depanku...

Akan bersambung....


gambar hiasan




Labels: