PERTAMA KALI MENCUBA NASI LEMAK ANTARABANGSA

Sebenarnya dah lama ana nak mencuba rasai sendiri nasi lemak di Nasi Lemak Antarabangsa yang suatu ketika dahulu memang gah namanya di Malaysia nie... Namun ana tak pernah merasa makanan di sini... Alhamdulillah akhirnya malam tadi ana berkesempatan untuk menjamu selera di Nasi Lemak Antarabangsa...hehehehe


Tu dia habaq hang semua, meleleh air liur tak tengok nasi lemak nie, Bagi ana apa yang penting dan perlu ada pada sesebuah nasi lemak itu adalah sambalnya... Kalau sedap sambalnya maka sedaplah nasi lemaknya... Dan ternyata sambal nasi lemaknya memang sedap sampai ana minta tambah sambal lagi..hehehehe



Dekat setengah jam jugak lah ana tengok apa lauk yang terdapat di restoran nie... mana tidaknya semuanya nampak sedap-sedap sampai wife pun pening pala lah dibuatnya untuk melayan kerenah suaminya ini...hehehehe


Alang-alang dah sampai sini, kenalah try kelapa vvip nie... sebab bukan sahaja nampak sedap tapi sebenarnya memang sedap pun... sampai dua gelas ana minta..hehehehe...

Pape pun, jom semua try makan di Nasi lemak antarabangsa dan Kelapa Frutti nie, Pasti anda akan dapat tidur yang lena selepas itu kerana keenakkanya..hehehe



Labels: