LUPAKAN KELENAAN MALAM

Nampaknya mulai sekarang, ana perlu mula belajar sedikit demi sedikit untuk melupakan sebentar atau mungkin berterusan daripada mendapatkan kelenaan malam...sebelum nie ana boleh mengimpikan tidur lena selama 6 jam ke 8 jam...namun kini ana pasti akan terjaga sekejap-sekejap..

Ini semua kerana sekarang ini Isteri ana pun dah mula rasa sakit satu badan dek kerana pembawakan budak yang memaksa si dia agak sukar untuk mendapatkan tidur yang nyeyak di malam hari....jadi rasanya tak adil lah kan ana tidur tapi si dia berjaga seorang diri....

Disebabkan itu, ana kenalah belajar untuk tidak tidur mati kerana ana kena mula belajar untuk berjaga malam agar dapat bersama menemani si dia...terutama kenalah bersedia sebelum tiba dan hadirnya orang baharu di dalam keluarga ini...

Labels: