MAHARAJA STEAMBOAT : BUKAN SEKADAR STEAMBOAT

Mula-mula ana hendak masuk ke dalam kedai nie, ana hanya fikir tentu steamboat je yang ada nie.. Sebab dah nama pun Maharaja Steamboat kan??? namun rupanya apa yang terlintas di fikiran meleset sama sekali.... Dan yang paling menarik kedai buka dari Pagi sehinggalah waktu Malam...



Dekat sini selain main menu yang ofkos lah steamboat, terdapat pelbagai jenis makanan lain yang terdapat di restoran ini... Sebelum ana masuk cerita lebih mendalam mengenai makanan yang terdapat di kedai ini seperti trademarknya " Marvelous Beb" nie... ana nak cerita yang dekat sini ada disediakan sarapan, makanan tengahari dan juga makan malam....

Antara juadah Breakfast ataupun sarapan pagi, di sini di sediakan juga nasi lemak dan roti bakar yang memang marvelous rasanya....


1st time pergi kedai steamboat ada juadah nasi lemak..dah lah feveret ana nie..hehehe


roti yang siap di potong sebelum di bakar...besar-besar kot roti nie..



Nie roti yang siap di bakar dan di letak jam strawberi...yang nie je sempat ana sambar, sebab roti kat sini boleh dikatakan antara menu sarapan pagi yang popular...mana tidaknya dahlah besar-besar rotinya pastu jam nya pun meleleh kot...memang siap je terus orang sambar...siapa cepat dia dapat dulu..siapa lambat tunggulah laginya...hehehe

Tapi selain dua menu nie, ada lagi lempeng, mee goreng, kueyteow goreng... tapi kat sini pun makan kira bufet, jadi korang pilihlah apa-apa yang korang nak makan... sampai pecah perut pun tak apa...

Untuk waktu tengahari, ada nasi kuning dan lauk-lauk gulai antaranya gulai ikan sembilang... tapi yang ana paling suka adalah sup dia sebab sup dia memang marvelous lah ana cakap kat you all..sampai bertambah-tambahlah juga makan....kan bufet,jadi tambah je selagi boleh..hehehe


tudia, berasap-asaplah sup dia...

Dan pada malamnya pula, ada buffet steamboat dan grill... Ianya boleh di makan dengan sos hitam, kuah kacang ataupun sambal... tapi kata Pak din (Baju biru di atas tu) campur sekali sos hitam, kuah kacang dan sambal...barulah rasa enak....



Tapi kalau di pelbagaikan lagi pilihan sos di Restoran nie tentu lagi uuummpph sebabnya pelanggan mempunyai banyak pilihan sedikit berbanding dengan sekarang nie...

Bagi mereka-mereka yang ingin singgah dan merasai sendiri makanan di Maharaja Steamboat ini anda bolehlah merujuk dengan lebih lanjut di :

Facebook : Maharaja Steamboat

Instagram : Maharaja Steamboat

Ataupun anda boleh datang terus ke kedai Maharaja Steamboat di

Maharaja Steamboat
No 6, Tingkat Bawah, Jalan 2/10, Bandar Baru Selayang
03-61386664

Namun sehingga kini yang paling ana tak dapat lupa sangat-sangat adalah roti bakar dan sup marvelousnya...

P/s Pasni habis tengok bola je kat stadium selayang boleh ajak member-member singgah sini pula...hehehe

Komen anazarin : Harap bolehlah sediakan kipas, sebab panas kot makan dekat luar, sebab cuaca sekarang bukan macam dulu-dulu..malam pun panas woooo...





Labels: