RIADAH SANTAI BLOGGER KBBA DI KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA

Pada hari ahad yang lepas, ana bersama-sama sahabat blogger daripada #KelabBloggerBenAshaari telah bersama-sama beriadah santai di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya... bersempena KBBA Blogger's Day Out... 

Teruja punya pasal, ana sampai ke Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya nie seawal jam 7.00 pagi.

Bermula jam 8.00 pagi semakin ramai blogger sampai ke sini... Ajk pun sudah mula sibuk bagi melancarkan lagi perjalanan sesi pendaftaran dan pelancaran program seterusnya....

Aktiviti pertama yang dilakukan ialah senamrobik yang dikelola oleh Cikgu Fatin Bella...Terasa makin kurus pulak lepas senamrobik nie..hehehehe


Selepas senamaerobik, seterusnya ialah bacaan doa oleh blogger Zaini, ucapan wakil daripada kelab komuniti taman tasik Cyberjaya, En Muallif dan ucapan serta penerangan mengenai KBDO ini oleh saudara Lan Careno...

Selepas berakhirnya ucapan, kini segalanya bermula...

Permainan pertama yang kami main adalah Golf ala blogger di Driving Range..walaupun ini merupakan kali pertama main, tapi oklah janji dapat pukul bola..hehehehe

Acara kedua kami pula ialah bermain badminton... tapi kali ini bukan permainan badminton yang biasa kita lihat di kaca televisyen tu, tapi permainan ini perlu dimainkan oleh 6 orang satu pasukan dengan hanya menggunakan satu raket...memang heboh gilalah masa permainan ini...namun dari situ kita akan lihat kesefahaman serta bersatunya kita...

Selepas bermain badminton, kami berehat sebentar selama 30 minit sebelum kami bermain permainan seterusnya iaitu..jeng..jeng..jeng..

Tepat jam 11.30, kami terus menuju ke litar Go Kart... Fuhh, terasa macam Michael Shumacher pula..hahaha...rasanya lagi syok racing dengan Go Kart nie daripada rempit kat luar sana..hehehe, kaki-kaki racing leh lah datang sini untuk sparing kemahiran anda...

Selepas ber go kart di bawah cahaya terik matahari, perut pun mula terasa lapar, jadi tunggu apalagi, kami terus ke Bayou Coffee House Cafe.. di sini makanan disediakan secara buffet... mereka juga sedia menerima tempahan bagi mereka yang ingin buat majlis disini...nanti ana cerita lagi mengenai cafe ini di entri akan datang..tunggu...

Selepas makan, masing-masing mengambil masa untuk menunaikan solat fardu Zohor di surau yang terdapat di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya ini... Selepas solat, rata-rata blogger dan pasangan masing-masing tidak sabar untuk bermain permainan seterusnya yang terdapat di sini iaitu Paintball...

Fuh masa ini, memang ana semangat gila, mana tidaknya pertama kali nak bermain Paintball nie...mula-mula tu terasa takut nak main sebab takut sakit kena tembak, tetapi bila masuk je dalam gelanggang terus hilang takut tu...rasa cam nak main banyak kali je paintball nie....kenangan di gelanggang Painball nie ana kena head shot...fuh, sampai sekarang rasa sakit dia tu..hehehe

Ok, Habis je Game..terus ada majlis penutup dan penyampaian hadiah cabutan bertuah dan penyampaian cenderamata daripada beberapa orang penaja iaitu Cosmoderm, Yeos Malaysia, StampNprint Enterprise , Azwar Kamaruzaman, Natalia , dan Monsters Crazy Crunchy...

Maka, selesailah KBBA blogger's Day Out kali ini... ana harap akan ada lagi program seperti ini yang mana dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama kita blogger yang sebelum ini hanya berborak dan kenal di alam maya sahaja...







Labels: