TERNYATA RAKYAT MALAYSIA SEORANG PEMALU

Sebelum ini, ada sahabat-sahabat ana daripada Somalia sahabat yang ana kenali masa belajar di Kolej dulu...borak punya borak, tiba-tiba dia cakap yang rakyat Malaysia nie memang pemalu kan???

Ana pun cakaplah memang dah adat yang rakyat Malaysia nie memang semulajadinya dah pemalu...tapi bukan semualah sebab sekarang rasanya dah ramai yang tak tahu malukan??? semua nak ditayang ye...

Bukan itu yang aku maksudkan??? jawab kawan ana...ana dah blur jap bila dia cakap macam tu...last-last dia cakap aku rasa rakyat Malaysia nie pemalu sebabnya ramai yang memandu nak belok ke kanan atau kiri pun malu nak bagitahu sebabnya tak bagi signal....

Ana lepas terdengar tu tersentap jap, betul juga apa sahabat ana bagitahu nie...walaupun dia orang luar tapi dia nampak sikap rakyat Malaysia yang ada sikap malu tak bertempat nie...ini kisah benarnya..bukan tipu-tipu...

Labels: