ZIKRA 2015 : JELAJAH KASIH BERSAMA ASNAF #2

Jelajah kasih meneruskan perjalanan ke lokasi kedua... Kali ini kami singgah ke sebuah butik yang diusahakan oleh seorang ibu tunggal 4 orang anak... Butik ini diusahakan oleh Puan Siti Salbiyah Eksyan yang juga merupakan salah seorang insan yang disantuni oleh Lembaga Zakat Selangor...


Butik D'Qaseh ini menjual pelbagai jenis pakaian seperti baju kurung, jubah, tudung dan aksesori untuk membuat pakaian.. Butik ini juga sedia menerima tempahan daripada anda semua....

Selepas singgah di butik, kami telah dibawa ke destinasi seterusnya ke Kampung Delek Klang... Kami telah ke sini bagi majlis penyerahan kunci rumah kepada Encik Jali Bin Kadio yang menerima bantuan rumah yang disantuni oleh Lembaga zakat Selangor..

Mock Kunci rumah ini telah diserahkan sendiri oleh Dato Mufti Selangor kepada penerima rumah ini... Sudah semestinya rumah ini menjadi saksi kepada duit wang zakat yang kita bayar kepada Lembaga Zakat selangor...

Kami meneruskan jelajah zikra kami ke lokasi seterusnya iaitu ke rumah salah seorang pengusaha sate, Beliau menerima bantuan Kaki Palsu dan Suntikan Modal bagi meneruskan peniagaan Sate beliau daripada Lembaga Zakat Selangor

Encik Saharune bin Abdul Kadir ini sebelum ini membuat sendiri kaki palsu beliau daripada batang pokok Nangka.. sudah semestinya dengan wang zakat anda mampu merealisasikan hasrat saudara Saharune mempunyai kaki palsu yang lebih selesa...

Alhamdulillah, hasil wang zakat anda sudah semestinya mengembirakan ramai hati mereka yang amat memerlukan..tanpa wang zakat yang kita sumbangkan sudah semestinya segala impian tidak dapat direalisasikan....

Kembara jelajah diteruskan ke destinasi seterusnya, Dimanakah lokasi seterusnya yang akan kami tujui, ikuti perjalanan kami di entri akan datang...TUNGGU....


Labels: