ANA MENANG TV

Tuah ayam nampak pada tajinya, tuah manusia siapa yang tahu. Itulah antara peribahasa yang popular di dalam kalangan masyarakat kita mengenai sesebuah rezeki.

Siapa sangka rezeki yang ana terima saat-saat terakhir menyaksikan yang ana dapat membawa sebuah Televisyen Aquos LED 32' ini. Ana menang TV nie masa menghadiri satu event food review di Bangi Gold Resort bagi memperkenalkan antara juadah yang terdapat di sana bagi bulan Ramadhan yang akan datang.

Kalau ikutkan pada mulanya, ana tidak mendapat apa-apa jemputan pada majlis ini, tetapi ana mengantikan tempat seorang blogger iaitu kak Safurara yang tidak dapat menghadirkan diri kerana atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.


Masa ana nak ambil hadiah nie, sahabat-sahabat blogger terutamanya daripada Projek Travel telah menyanyikan lagu selamat hari lahir kepada ana, walaupun semalam bukanlah hari lahir ana.hehe

Hadiah ini lebih bermakna adalah kerana ini ialah hadiah pertama yang ana dapat melalui lucky draw. Hahaha, pape pun ana nak ucapkan ribuan Terima kasih kepada Bangi Golf Resort atas hadiah cabutan bertuah ini. 



Labels: