DIA... ISTERI LUAR BIASA


Dia.. Isteri luar biasa. Yang semakin hari semakin lekat dijiwa rakyat Malaysia. Ramai yang menanti-nantikan kehadiran cerita ini di salah sebuah stesen terkemuka tanah air. Betul tak?

Namun begitu bukan kisah atau cerita yang main di televisyen yang ana nak ceritakan atau kupaskan di sini, tetapi apa yang ana nak ceritakan adalah seorang isteri yang memang luar biasa. 

Ye, isteri luar biasa ramai yang berada di luar sana dan ianya tidak sama sekali seperti yang diceritakan di dalam televisyen tu. Isteri luar biasa adalah isteri yang sanggup berkerja bagi membantu si suami dalam mencari rezeki walaupun itu bukanlah tugas mereka. Apabila pulang ke rumah si isteri pasti sibuk memasak untuk suami dan mengemas rumah yang mana sebenarnya bukan kerja mereka.

Itulah isteri luar biasa, yang sentiasa bersama suami sukar dan senang tanpa meminta apa-apa balasan, tidak pernah mengecilkan suami walaupun suaminya dalam serba kekurangan. Itulah Dia, isteri luar biasa. Dan isteri ana adalah isteri yang luar biasa. 

* andai tersalah, mohon tegur






Labels: