HUSNUZON (BERSANGKA BAIK)

Husnuzon adalah kalimah arab yang membawa makna bersangka baik. Islam mengajar kita agar sentiasa bersangka baik dengan orang walaupun mungkin pada mata kasar kita ianya tidaklah semanis mana ikut pandangan mata kita.


Rasulullah s.a.w juga pernah meriwayatkan mengenai sikap bersangka baik ini yang mafh2umnya :

Rasulullah bersabda : “Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mencegah dengan tangan (kekuasaan), jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika ia tidak mampu jua, maka dengan hatinya (berasa tidak senang, tidak setuju dan tidak meredhai). Dan itu adalah selemah-lemah iman.” (Hadis Riwayat Imam Muslim)


Indahnya Islam kerana tidak membenarkan hambanya untuk terus menerus bersangka buruk dengan orang lain. Hal ini juga kerana boleh jadi orang yang kita rasa teruk boleh jadi adalah seorang hamba yang lebih baik daripada kita. Wallahualam.


Labels: