Pengalaman Ngeri Menaiki Bas dari Kedah ke Kuala Lumpur

Pengalaman nie sebenarnya sudah lama berlaku, kalau tak silap ana ianya berlaku  sebelum ana bergelar seorang blogger lagi. Dan ianya adalah pengalaman pertama ana menaiki bas waktu malam daripada kedah ke kuala lumpur.

Masa kejadian nie berlaku, ana bersama kakak sulung ana dan suaminya yang pada masa tu hanya berstatus tunang bertolak balik ke Kuala lumpur selepas beberapa hari kami berada di kedah iaitu rumah keluarga abang ipar ana nie. Macam biasa memang seronok lah kalau pulang malam dari utara ke kota raya kan?

Seperti kebiasaannya sebelum kami bertolak pulang kami telah makan dan minum sepuas-puasnya kerana tak naklah lapar semasa perjalanan pulang kami nie. Jam di tangan menandakan pukul 12.00 tengah malam iaitu masa untuk kami bertolak.

Keterujaan ana menaiki bas nie begitu melonjak tinggi, almaklumlah naik bas tengah-tengah malamkan? Jadi tahap kejakunan tu terlampau tinggilah kan? Ok sambung cerita, kami telah berhenti di sebuah stesen minyak untuk mengisi minyak dan menqada' hajat masing-masing.

Namun begitu, pengalaman ngeri ana mula menyusul sejam selepas kami bertolak kembali selepas rehat. Pengalaman ngeri ana ialah ana kena cirit birit sehinggakan beberapa kali bas terpaksa berhenti tepi jalan bagi ana menqada'kan hajat ana. Ngeri tak pengalaman ana nie? Hehehe.


Labels: